Pembagunan siasah akhlak, dan juga peribadi bermula dengan guru, oleh itu Menteri Hal Ehwal Agama, Senator Idris Ahmad menekankan supaya semua guru termasuk guru agama, harus mengambil vaksin.

Menurutnya langkah ini, adalah langkah yang dipersetui oleh melalui kesepakatan ulama dunia, melalui hukum fikh bagi membendung penularan wabak pendemik COVID-19.

“Guru adalah orang yang paling dekat dengan anak murid. Semua guru termasuk guru KAFA dinasihatkan untuk mengambil vaksin demi keselamatan guru dan anak murid,”.

Menurutnya guru harus menjadi contoh terbaik memberi teladan menerima vaksinasi yang diberikan oleh pihak kerajaan dalam usaha membendung wabak ini.

“Ya, vaksinasi adalah usaha, dan perkara ini telah dijelaskan oleh para mufti bagi menjaga keselamatan ummah daripada merebaknya virus COVID-19.

Oleh itu, beliau menyeru secara tegas supaya semua guru KAFA mengambil langkah menerima vaksinasi, supaya pembelajaran di sekolah, tahfiz mahupun pondok dapat diteruskan secepat mungkin.

Tamat