Enam kenderaan dirempuh sebuah lori yang seakan menggila dalam kemalangan di sebuah persimpangan Jalan Ipoh, dekat Sentul di sini, semalam.

Mengikut rekod perakam mobil, kejadian berlaku sekitar jam 2.30 petang semalam.

Melalui video yang tular menunjukkan semua sebuah kereta jenis Myvi remuk seakan dipicit, namun pemandunya selamat keluar Tampa sebarang kecederaan.

Rakaman berdurasi 46 saat itu merakamkan aksi sebuah lori tanpa muatan dari arah belakang merempuh kira-kira tujuh kenderaan berada di hadapan yang sedang berhenti di lampu isyarat merah.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kemalangan yang membabitkan sebuah lori serta lima kereta itu berlaku 2.40 petang semalam.

“Siasatan awal dilakukan mendapati lori berkenaan dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun dari arah Jalan Duta menghala ke Sentul.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, lori terbabit gagal dikawal dan merempuh dengan laju lima kenderaan lain yang sedang berhenti di lampu isyarat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya antara, kenderaan berkenaan adalah dua Perodua Myvi, Proton X70, Honda HRV dan Peugeot 208 FL.

“Pemandu sebuah daripada Perodua Myvi berkenaan yang berusia 45 tahun hanya mengalami cedera ringan di bahagian muka dan mendapatkan rawatan di zon hijau Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Pemandu empat kenderaan lain dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan mereka sudah mendapatkan rawatan sebelum dibenarkan pulang,” katanya.

Sarifiddin berkata , melalui hasil ujian awal alkohol dilakukan mendapati pemandu tidak dalam pengaruh alkohol.

“Suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk ujian menjalani ujian saringan awal air kencing yang didapati positif dadah jenis methamphetamin dan amphetamin,” katanya.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 44 (1A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Tamat