Pastinya seluruh warganegara menantikan berita baik dari Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau hari ini telah mengumumkan kebenaran kepada kawasan Lembah Klang untuk beralih ke Fasa 2.

“Saya pasti ini adalah satu berita yang dinantikan terutamanya seluruh warga Lembah Klang yang telah memberi kerjasama dengan amat baik sekali.

“Dengan ini, kerajaan bersetuju memberi kebenaran kepada kawasan Lembah Klang untuk beralih ke Fasa 2.

“Selain itu, pergerakan antara negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya dibenarkan tanpa sebarang bentuk halangan jalan raya,” katanya tadi.

Menurutnya walaubagaimanapun, arahan ini bakal berkuatkuasa pada 10 September ini.

Tamat