Penjenayah terbesar dunia, Perdana Menteri Israel Naftali Bennett akhirnya terpaksa menepuk dahi apabila, enam rakyat Palestin yang ditahan berjaya meloloskan diri hanya melalui terowong yang digali di bawah sinki Isnin lalu

Dia melalui sebuah kenyataan menggelarkan kejadian itu sebagai “insiden serius” dan memaklumkan beliau sentiasa menerima kemas kini berhubung operasi pencarian mereka.

Ekoran kejadian itu, pihaknya memulakan usaha pencarian kesemua mereka termasuk termasuk seorang pejuang kebebasan Palestin, katanya.

Menurutnya perkhidmatan Penjara Israel (IPS) berkata penggera dibunyikan kira-kira pukul 3 pagi oleh penduduk tempata yang melihat “beberapa orang yang disyaki suspek” di luar penjara Gilboa selatan negara itu.

Polis, tentera dan pegawai penyiasat dari agensi keselamatan Israel Shin Bet turut meyertai usaha mencari kesemua mereka kata pihak berkuasa.

Unit anjing pengesan juga turut digunakan untuk memeriksa kawasan di sekitar Gilboa dalam usaha mencari mereka.

Media Israel berkata kemungkinan para banduan itu lari dan sudah kembali ke Tebing Barat, wilayah yang dikawal Israel sejak 1967.

IPS turut mendedahkan video beberapa pegawai memeriksa terowong sempit yang digali dalam di bawa sinki penjara mengingatkan visual filem ikonik “The Shawshank Redemption” yang diterbitkan pada 1994.

Kumpulan banduan itu melarikan diri beberapa jam sebelum Israel memulakan musim cutinya dimulakan dengan cuti Tahun Baru Yahudi.

Kesemua 400 rakyat Palestin diletakkan di Penjara Gilboa adalah mereka yang disabitkan “kesalahan keselamatan”.

Menurut IPS mereka kini dipindahkan ke penjara lain bagi usaha mengesan terowong lain yang mungkin digali kemudahan tersebut.

Tamat