Media massa haruslah bertindak sebagai penggerak risalah kesempunaan Islam dalam usaha membawa dakwah secara meluas kepada masyarakat.

Menteri Hal Ehwal Agama, Senator Idris Ahmad berkata, pihaknya kini sedang bertindak meluaskan budaya pemikiran Islam seiring zaman melalui teknologi media kini

“Peranan media pada masa kini sangat penting dalam menyampaikan risalah kesempurnaan Islam. Roh masyarakat mesti disajikan dengan kandungan-kandungan bermanfaat bagi pembinaan modal insan,” katanya melalui laman Facebook rasmi miliknya semalam selepas menerima kunjungan pihak TV Al-Hijrah

Turut hadir, Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris yang turut disertai Ketua Kumpulan Integrasi Media dan Hal Ehwal Korporat, Saifulizan Sidek dan Pengurus Besar Kejuruteraan Penyiaran, Suffian Yahya.

Menurutnya kunjungan hormat bertujuan mengeratkan jalinan ukhuwah bersama seterusnya perbincangan mengenai Perancangan Pencapaian 100 Hari TV-AlHijrah berdasarkan lima initiatif MANTAP

“Agenda pembagunan sosialogi Islam melalui Pemantapan Institusi Kekeluargaan, Sosial & Komuniti Islam dengan program-program menarik seperti Analisis, Ekaunter Netizen dan Hijrah Prihatin yang akan menyajikan input-input yang menarik dan bermanfaat kepada masyarakat.

“Semoga TV-AlHijrah dapat menjadi salah satu platform media massa yang baik kepada masyarakat untuk menerapkan kefahaman Islam dan menyatupadukan ummah di Malaysia,” katanya.

Sebelum itu, satu pertemuan diadakan bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang diketuai oleh yang dipertuanya, Ustaz Nasrudin Hassan untuk menerima penerangan perihal peranan, perancangan, perkhidmatan dan pencapaian yayasan itu. 

Tamat