Artis yang katanya pergi berjihad di Palestine kini kembali ke tanah air, menaiki van pihak polis.

Caprice sebelum ini mengundang berbagai kontroversi secara lantangnya menyebut nama Ustaz Ebit Lew melalui beberapa kenyataan.

Tidak sekadar itu, Caprice dikatakan merajuk serta mengoyak tiket pulang ke tanah air, kerana kononnya mahukan perubahan politik di Malaysia.

Artis yang dikatakan pergi berjihad ini turut mengaku mempunyai beberapa masalah sebelum ini di Mesir.

“Ramai cakap saya alami depresi dan kemurungan hingga perlu mengambil ubat tidur sejak tiga bulan lalu. Sebenarnya, bagi saya ia bukan masalah depresi tetapi mungkin ada kaitan dengan jihad.

“Sesiapa yang kenal saya sebelum ini, tahu saya akan ‘naik gila’ bila ada cuba yang pertikai dan cabar jihad yang saya lakukan di Gaza dan Palestin.

“Saya mohon maaf kerana menjadi ‘gila’…ia berlaku disebabkan ada yang cuba menganggu jihad saya,” katanya.

Akhirnya ‘jihad’ artis ini, muncul semula di laman sosial miliknya dengan sebuah tangkap layar video di Instagram miliknya.

Semalam, personaliti itu pulang ke tanah air, dengan bantuan van daripada pihak PDRM.

“Pulang semula ke Kuala Lumpur. Terima kasih kepada PDRM untuk memastikan semuanya selamat dari pintu pagar kapal terbang sepanjang jalan sampai hotel kuarantin.

“Pertama kali menaiki van polis, terima kasih juga kepada pihak-pihak yang membantu Caprice tadi.

“Alhamdulillah, seronok rasanya dapat balik ke rumah,” coretnya di Instagram.

Tamat