Usahasama semua pihak sangat diperlukan bagi mendepani krisis air Sungai Terengganu dalam menjamin keperluan rakyat terlaksana.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, pihaknya bergabung tenaga dengan semua pihak, dalam usaha memberi jaminan air pada penduduk.

“Petugas-petugas Pusat Khidmat Nerus menyalurkan air bersih di sekitar Seberang Takir bagi memenuhi keperluan penduduk di sana.

“Alhamdulillah, dikhabarkan loji Bukit Berapit akan beroperasi dalam masa terdekat. Namun begitu, operasi agihan air diteruskan seperti sediakala.

“Moga krisis ini diselesaikan dengan baik dan lancar. Sama-sama kita doakan semoga krisis air ini berakhir dalam masa terdekat. Amin, Insha Allah, katanya.

Khairuddin berkata, beliau turut berterima kasih kepada anggota Unit Amal, serta Jentera Parti yang sentiasa cakna terhadap keperluan masyarakat.

“Hari ini pihak PK Nerus meneruskan bantuan air di sekitar Taman Semarak dengan berganding bahu bersama Jabatan Amal Bukit Tunggal.

“Terima kasih kepada semua petugas yang bertungkus lumus memastikan penduduk mendapatkan keperluan air secukupnya,” katanya .

Tamat