Satu laporan polis oleh Pemuda Parti Gerakan Pulau Pinang tarhadap Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng, yang didakwa ingkar perintah kuarantin kendiri.

Menurut Jurucakap Pemuda Gerakan negeri, Mohd Aswaad Jaafar mempersoalkan kenapa Ahli Parlimen Bagan hadir ke persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada 2 September lepas, sedangkan beliau diarah menjalani kuarantin kendiri kerana menjadi kontak rapat kepada pesakit Covid-19.

“Menurut peguam beliau, Guan Eng perlu menjalani kuarantin kendiri pada 1 hingga 10 September dan didapati menggunakan alasan tidak hadir ke perbicaraan mahkamah semalam tapi mengapa beliau boleh menghadiri Sidang DUN pada 2 September lalu?”

“Oleh itu kami membuat satu laporan polis berkenaan isu ini bagi meminta pihak berkuasa menyiasat perkara ini kerana ia seumpama beliau tidak menghormati mahkamah,” katanya kepada wartawan selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Timur Laut di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong ketika dihubungi mengesahkan laporan polis itu dan berkata polis akan menjalankan siasatan lanjut.

Sebelum ini di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sebelum itu, peguam Gobind Singh Deo yang mewakili bekas Ketua Menteri Pulau Pinang dalam perbicaraan kes empat pertuduhan membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama, memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya itu telah diarah menjalani perintah kuarantin kendiri selama 10 hari bermula 1 hingga 10 September depan.

Tamat