Susulan peralihan kepada Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Lembah Klang yang diumumkan kerajaan kelmarin, semua sekatan jalan raya di Lebuhraya Persekutuan dan Taman Kanagapuram ditutup mulai tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, bagaimanapun berkata empat lagi sekatan jalan raya di Petaling Jaya dikekalkan.

Katanya, lokasi sekatan jalan raya yang dikekalkan adalah di Plaza Tol Sungai Buloh, Plaza Tol Kota Damansara, Plaza Tol Damansara dan Plaza Tol Subang.

“Orang ramai dinasihatkan supaya terus menjaga prosedur operasi standard (SOP) di sepanjang tempoh pelaksanaan Fasa 2 PPN di daerah Petaling Jaya khususnya.

“Orang ramai juga diingatkan tidak leka dengan kelonggaran diberi sehingga mengabaikan SOP dalam mengawal dan mencegah pandemik COVID-19,” katanya kepada pemberita, malam tadi.

Tamat