Tiada layanan berbeza bagi setiap jemaah cumanya mereka perlu mendaftar diri lebih kerana kouta jemaah adalah terhad mengikut Prosedur Standard Operasi SOP yang ditetapkan.

Pihak Masjid Putra, Putrajaya berkata, bagi Solat Jumaat, kapasiti Jemaah di Masjid Putra telah ditetapkan seramai 300 orang.

“Daripada jumlah tersebut, pihak pengurusan masjid turut memperuntukkan sejumlah kuota untuk Jemaah tetap yang telah mendaftar lebih awal dan memaklumkan jangkaan waktu ketibaan di masjid bagi memudahkan pihak pengurusan masjid memastikan jumlah kehadiran adalah bertepatan dengan kuota yang ditetapkan.

“Masjid Putra menerima kehadiran para Jemaah melebihi kapasiti yang ditetapkan sejak jam 11.00 pagi untuk menunaikan Solat Jumaat. Apabila kapasiti Jemaah telah mencukupi, pihak pengurusan masjid akan menutup pintu pagar utama masjid menyebabkan Jemaah yang hadir kemudian tidak dapat memasuki masjid.

“Pihak masjid telah memaklum dan menasihatkan para Jemaah secara baik mengenai perkara tersebut,” katanya.

Menurutnya bagi memelihara nama baik institusi masjid, pihak pentadbiran masjid akan berusaha sedaya upaya menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada jemaah yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

“Justeru kami bersedia mempertingkatkan lagi kualiti pengurusan demi memastikan pelanggan setia kami gembira dan berpuas hati dengan khidmat yang diberi. Sebarang cadangan dan maklumbalas bolehlah menghubungi terus pihak Masjid Putra.

Pihak Masjid Putra memohon kemaafan atas kekhilafan yang berlaku dalam hal ini,” katanya.

Tamat