Satu video ringkas kini tular menunjukkan penyanyi vokal kini bersama jemaah tabligh. Video berkenaan menunjukkan Anuar Zain berpakaian jubah biru dan berkopiah sedang mensantuni jemaah lain.

Mencuit perhatian apabila Nabil Ahmad, ikon pelawak turut bersama dalam jemaah berkenaan sambil meminta Anuar menyanyi sambil menuangkan minuman teh tarik kepada orang ramai.

Video yang tular daripada pemilik akaun Facebook milik Mohd Nazri Ahmad itu menunjukkan keadaan sewaktu sarapan pagi di sebuah masjid, di Selangor.

Berdasarkan video dari Tik Tok yang turut dikongsikan pemilik akuan Facebook dikenali Mohd Nazri Ahmad dengan kapsyen ‘hidayah milik Allah’ itu begitu menarik perhatian ramai.

Tamat