PAS Kedah komited dalam usaha membantu mangsa tragedi kepala air, sehingga berjaya mengumpul sebanyak RM 2.5 juta sumbangan daripada melalui bentuk wang tunai serta barangan daripada berbagai pihak.

Pesuruhjaya PAS negeri, Senator Ahmad Yahaya berkata, Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor individu paling awal menyampaikan sumbangan peribadinya sebanyak RM10,000 ketika dana berkenaan dilancarkan.

Katanya lagi, tindakan pantas Menteri Besar turun ke lokasi kejadian pada malam kejadian untuk meninjau perkembangan tragedi berkenaan memperlihatkan keprihatinan beliau menangani musibah yang melanda rakyat.

“PAS Kedah juga tidak ketinggalan bertindak segera dan membuka bilik gerakan operasi bencana di Masjid Wustho, Guar Chempedak sebagai pusat mengurus bantuan kpd mangsa kejadian,” kata beliau dalam majlis penyampaian sumbangan kepada mangsa kepala air Gunung Jerai di Dusun Manggis,  Titi Hayun, hari ini.

Menurutnya lagi, sebalik musibah yang terjadi ada hikmahnya dan memperlihatkan keprihatinan semua lapisan masyarakat membantu dalam pelbagai bentuk samada bantuan tunai, makanan, pakaian, serta tenaga kerja.

Seramai tiga pengusaha chalet, empat buah sekolah, dua masjid, 10 mangsa banjir dan wakil enam mangsa yang maut kejadian 18 Ogos lalu turut menerima sumbangan pada majlis itu.

Justeru itu, Ahmad mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua derwaman termasuk sukarelawan yang bertungkus lumus membantu mangsa.

“Inilah dinamakan Keluarga Malaysia bertepatan dengan tema Hari Kemerdekaan tahun ini ‘Malaysia Prihatin.

“Mereka yang menerima musibah tidak keseorangan, kesukaran dihadapi bersama,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu termasuklah Muhammad Sanusi dan Setiausaha PAS Kedah, Ustaz Musoddak Ahmad.

Sehingga kini, 1,700 keluarga di dua daerah Yan dan Merbok yang terkesan telah menerima sumbangan daripada PAS sama ada peringkat negeri mahupun kawasan.

Tamat