KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berpuas hati bahawa sokongan 114 ahli Parlimen kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri adalah dengan kerelaan dan tanpa paksaan.

Seri Paduka bertitah, jumlah itu cukup majoriti untuk membentuk kerajaan dan Baginda kemudian berkenan melantik Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri selaras Perlembagaan Persekutuan.

Yang di-Pertuan Agong bertitah demikian dalam Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Majlis Parlimen Ke-14 2021 hari ini.

Dalam pada itu, Seri Paduka menzahirkan penghargaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri sebelum ini dan barisan Jemaah Menteri yang menerajui negara. – UTUSAN ONLINE