Baru masuk hari kedua Parlimen bersidang, sudah bermacam ragam dapat dilihat, apabila mereka yang bergelar Yang Berhormat tidak berkelakuan penuh hormat dalam dewan mulia itu.

Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer terpaksa diarah keluar dewan selama dua hari selepas mengeluarkan kata-kata tidak sempurna yang dituju kepada Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon.

Arahan itu dikeluarkan sendiri oleh Rashid selepas RNS Rayer enggan menarik balik perkataan ‘memalukan’ yang disebut untuk dituju kepadanya.

Keadaan itu mencetuskan pertikaian dalam kalangan Ahli Parlimen pembangkang menyebabkan dewan menjadi kecoh sebelum Rashid mengambil keputusan supaya sidang ditangguhkan untuk rehat pada jam 1 tengah hari tadi.

Blok pembangkang masih lagi dengan perangai lama, bersidang semata- mata mengeruhkan keadaan bukannya mencari titik persamaan dalam berkerja untuk rakyat.