113 keluarga bukan Islam tetap disantuni dan diberikan bantuan melalui program Majlis Bantuan Musadah Banjir Penduduk Kampung Penduduk Teluk Kertang, Mukim Matang, kelmarin.

Menteri Hal Ehwal Agama, Idris Ahmad berkata, masyarakat bukan Islam akan terus terus disantuni, seperti mana zaman Rasullallah sekali gus membuktikan Islam agama adil.

“Kita merupakan KeluargaMalaysia. Islam mengajarkan kita adil untuk semua. Terus membantu antara satu sama lain tanpa mengira warna kulit dan agama demi kelangsungan serta keharmonian hidup bermasyarakat majmuk,” katanya.

Pada masa yang sama belaliau telah menyerahkan sumbangan bagi meringankan bebanan terpaksa dipikul akibat banjir yang berlaku tempoh hari.

Menurutnya Islam mengajarkan umatnya sikap tolong menolong, dan menjadikan sikap kesepaduan antara jiran tertangga sebagai satu ikatan murni.

Oleh itu, dalam menghadapi krisis banjir ini, kita seharusnya prihatin pada setiap mangsa banjir yang memerlukan bantuan, katanya.

Tamat