SEMALAM tular di laman sosial sebuah video memaparkan seorang ‘kakak’ iaitu kakitangan pejabat Pos Malaysia memarahi pelanggan warga asing dipercayai warga Bangladesh y
berasak-asak tanpa sebarang SOP di sebuah pejabat Pos Malaysia.

Video berdurasi 14 saat itu dikongsi di Facebook Anak Felda memaparkan ratusan pelanggan yang dipercayai warga asing beratur tanpa penjarakan fizikal untuk memasuki premis tersebut bagi urusan pasport.

Rupanya kehadiran mereka tanpa penjarakan fizikal di Pejabat Pos Jalan Stesen di Klang, semalam adalah bertujuan mengambil pasport.

Lebih menjadi perhatian ramai apabila kelihatan seorang kakitangan wanita mengamuk dengan meninggikan suara mengarahkan warga asing tersebut untuk menjaga penjarakan fizikal atau tidak dibenarkan masuk ke premis berkenaan.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi semalam dengan insiden ingkar prosedur operasi standard (SOP) itu dimaklumkan pengurus pejabat pos berkenaan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, berdasarkan siasatan awal terdapat seramai 130 orang telah hadir ke pejabat berkenaan bagi mengambil pasport yang telah siap.

Selain itu, tegasnya, pihaknya juga akan menugaskan pasukan tersebut di Pos Malaysia Cawangan Klang bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang.

Tamat