Nasib doktor kontrak antara yang bakal dibincangkan di Parlimen hari ini, sudah pasti ramai akan menunggu usul bakal dibawakan oleh Menteri Kesihatan terbaru, Khairy Jamaluddin.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat persidangan Dewan Rakyat yang bermula 10 pagi itu, persoalan mengenai rancangan untuk menjamin masa depan doktor kontrak akan diajukan Rusnah Aluai (PH-Tangga Batu) kepada Menteri Kesihatan, dalam sesi jawab lisan.
Sudah pasti, para doktor kontrak, menunggu perbincangan ini dengan penuh debar, memandangkan masa depan mereka bergantung kepada kata dua hasil perbincangan ini.
Bukan mudah bagi mana-mana pihak membuat keputusan, memandangkan mereka antara barisan hadapan yang semua tahu menjadi pertaruhan semasa situasi memerangi pendemik COVID-19 selama dua tahun ini.
Jasa mereka tidak dapat dinilai sekali pun dengan wang ringgit, bahkan mereka pemain utama industri perubatan negara sekali gus penunjuk tahap professionalisma bidang perubatan.
Dilema ini sama ada bakal berhenti mahupun bakal berlanjutan beberapa tahun masih tidak mencapai kata putus lagi. Namun masyarakat mengharapkan ada keajaiban yang berlaku buat mereka doktor kontrak ini.
Tamat