Konsep Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah (FCPO) yang menggunakan sistem dagangan saham mampu menjana punca pendapatan melalui percukaian kepada serta kaedah kutipan zakat mahupun konsep wakaf tunai.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, melalui kaedah ini, kerajaan mampu menjana, pendapatan melalui sistem pencukaian disebabkan FCPO kini menjadi pilihan pedagang-pedagang saham antarabangsa.

“Sistem FCPO ini adalah melalui dagangan saham antarabangsa FCPO, yang mempunyai nilai pulangan yang tinggi, sebagai contoh,melibatkan minyak sawit mentah, Crude Palm Oil, CPO dan modal yang dikeluarkan hanyalah sebanyak RM 20 ,000 tetapi pulangan yang dapat dalam sekitar tiga minggu itu sekitar RM 6,000.

“Ini adalah satu nilai dagangan yang pernah saya guna sebelum ini, dalam masa tiga minggu sudah memberikan satu hasil, melalui hasil pendapatan berkenaan perlullah dibayar zakat sebanyak 2.5 peratus oleh itu bayangkan sekiranya ianya dikenakan cukai.

“Ini membuktikan ianya mampu memberikan pendapatan kepada kerajaan persekutuan, serta meningkatkan hasil kutipan zakat negeri,” katanya semasa memberi hujah di Dewan Parlimen hari ini.

Pada masa sama, beliau turut, menyebut berkenaan kepentingan bagi mewujudkan kontrak jawatankuasa keselamatan makanan, bagi mengelakkan kebergantungan kepada negara pengimpot.

“Jawatankuasa ini, diwujudkan bersama Kementerian Pertahanan bagi memastikan bekalan makanan sentiasa mencukupi dalam negara menjadikan Malaysia sebagai pengeluar makanan sendiri.

“Sebelum ini, kita mungkin terlalu bergantung kepada negara luar terutamanya makanan ruji seperti beras, yang diimport daripada Thailand, daging yang diimport daripada luar serta berbagai jenis makanan lain.

“Oleh itu, kita mesti yakin dan bersedia supaya dapat perkasakan lagi konsep keselamatan makanan ini supaya rakyat dapat sama terlibat dengan pihak kerajaan, dalam masa sama, dana boleh diambil melalui konsep wakalah, wakaf, serta zakat daripada sudut Islam.

“Oleh itu, saya mohon Menteri Hal Ehwal Agama dapat berunding di peringkat negeri menggunakan jawatankuasa khas bagi memastikan semua rakyat dapat menikmati kemudahan ini terutamanya asnaf ghanimi, iaitu mereka yang berhutang,.

tamat