Pelitup muka yang kini menjadi keperluan, sejak penularan pendamik COVID-19, oleh itu, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Tenaga Nasional Berhad menyumbang sebanyak RM 200,000 untuk keperluan tersebut kepada 88,787 pelajar tingkatan enam seluruh negara

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, sumbangan itu bagi membantu pelajar serta menyahut seruan kerajaan agar pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibuat secara bersepadu.

Menurutnya, berdasarkan fasa-fasa PPN, sebagaimana diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sesi persekolahan bersemuka akan bermula pada 3 Oktober depan secara berperingkat dengan membabitkan kelas-kelas yang terlibat dengan peperiksaan.

Dalam usaha mencapai sifar jangkitan ibu bapa dan pelajar perlu mematuhi prosedur standard operasi (SOP) yang digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk pembukaan semula sekolah antaranya ialah mewajibkan pemakaian pelitup muka.

Menurutnya, tumpuan sumbangan pelitup muka itu disasarkan kepada pelajar daripada golongan B40 dan yang memerlukan tanpa mengira latar belakang berteraskan konsep Keluarga Malaysia.

“Saya berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban keluarga daripada golongan B40 dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kerjasama para guru dan pengurusan sekolah sangat diharapkan agar dapat memantau dan memastikan semua pelajar sentiasa mematuhi SOP sebagaimana yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memastikan kesihatan pelajar terpelihara. 

Tamat