Akibat memandu secara melulu sehingga mengorbankan nyawa dua remaja di Kilometer 8.6 Lebuhraya Persekutuan seorang eksekutif pemasaran bakal berdepan hukuman gantung sampai mati.

Pihak polis telah menilai semula kes berkenaan mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Sebelum ini, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahaya.

Mengikut seksyen itu hanya memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 10 tahun serta denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM20,000.

Sebelum ini, suspek 24 tahun itu hadir ke Mahkamah Majistret Shah Alam pukul 9.20 pagi untuk proses lanjutan reman selepas reman enam harinya berkaitan Seksyen 41 (1) APJ 1987 berakhir hari ini.

Timbalan Pendaftar Norliza Hussin membenarkan lanjutan reman tiga hari selepas membenarkan permohonan daripada Polis Diraja Malaysia.

Difahamkan sebelum ini, suspek turut mempunyai 20 rekod saman lampau sebelum ini termasuk memandu laju dan melanggar lampu isyarat.

Terdahulu, kes melaporkan dua remaja iaitu, Nur Afiqah Abdul Karim, 18, dan Muhammad Hafiz Syami Dzul Asri, 19, maut selepas kereta jenis Proton Wira Aeroback bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton yang dipandu melawan arus di Kilometer 8.6 Lebuh Raya Persekutuan, Ahad lalu.

Hasil ujian air kencing mendapati pemandu Mitsubishi Triton itu positif ganja.

Tamat