Artis jelita tanah air, Nora Danish bersama keluarga turut mengambil peluang melancong di Pulau Langkawi melalui hantaran media sosialnya setelah kerajaan mengumumkan gelembung pelancongan dibenarkan.

Perkongsian Nora itu sekaligus menjadikannya sebagai selebriti tanah air yang terawal bercuti ke Langkawi selepas dibenarkan oleh kerajaan.

Menerusi beberapa perkongsian pemilik nama penuh Nora Mohd Danish Hanif, 39, itu, dia berangkat ke Pulau Langkawi dengan menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah pagi tadi sebelum mendaftar masuk ke sebuah hotel terkemuka di sana.

Alhamdulillah, Pulau Langkawi, kami datang,” tulis Nora ringkas dalam satu hantaran Instagram lalu.

Walaubagaimanapun imej seksi aktres jelita ini masih lagi menjadi bualan hangat terutamanya isu gambar tayang punggung yang dimuat naik sebelum ini, Nora kembali ‘menyegarkan’ mata netizen dengan penampilan daring sewaktu bercuti di Langkawi.

Kelihatanya ‘outfit’ yang dipakai Nora kembali menjadi sorotan ramai kerana begitu mencolok mata mereka yang melihat.

Walau bagaimanapun, Nora tetap memuat naik gambar percutiannya di Instagram tanpa menghiraukan kecaman-kecaman tersebut.

Tamat