IPOH: Jalan Persekutuan FT 185 Simpang Pulai-Blue Valley (Cameron Highlands) Seksyen 43.9, di sini ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan selepas berlaku tanah runtuh akibat kegagalan cerun pada Sabtu.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kinta dalam kenyataan memaklumkan penutupan kedua-dua lorong itu berkuat kuasa bermula jam 9 malam sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

“Kejadian jalan tersebut berpunca daripada cerun runtuh kemungkinan disebabkan faktor hujan berterusan yang menyebabkan struktur tanah lemah dan tidak kukuh.