Selepas peristiwa enam rakyat Palestin yang ditahan regim Israel, berjaya meloloskan diri menggunakan sudu, rakyat serta pemimpin negara haram itu mula menjadi fobia dengan objek sudu.

Objek sudu mula menjadi simbol kebebasan baru buat penduduk Palestin dan ianya menjadi impak mimpi ngeri buat pihak regim zionis.

Ada dikalangan pihak regim zionis mula fobia objek bernama sudu, kerana dikesan menjadi objek sebagai alat melepaskan diri daripada penjara di Israel.

Ketika enam tahanan Palestin melarikan diri melalui terowong pada 6 September dari Penjara Gilboa dengan keselamatan tinggi, rangkaian sosial memuat naik gambar terowong di kaki sinki dan lubang yang digali di luar dengan tanda pagar ‘sudu ajaib’.

Pihak penjajah kejam zionis bagaikan diserang halilintar apabila peguam bela seorang daripada tahanan yang telah ditangkap semula memberitahu AFP, anak guamnya, Mahmud Abdullah Ardah mengakui hanya menggunakan sudu, piring dan juga pemegang cerek untuk menggali terowong dari sel tahanan.

Mahmud adalah salah seorang daripada empat tahanan Palestin yang ditangkap semula.

Ketika ini, rejim ziois masih memburu dua lagi tahanan yang masih bebas.

Israel telah memulakan inkuiri bagi menyiasat insiden memalukan itu, yang dilihat oleh rakyat Palestin sebagai ‘kemenangan

Tamat