Memandangkan hakisan yang berlaku di Sungai Kemensah begitu serius, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menganggarkan kos menaik taraf cerun berkenaan sekitar RM 10 juta.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kerja menaik taraf itu adalah antara pelan jangka panjang bagi mengelak risiko tanah runtuh seperti yang berlaku di Jalan Kemensah Heights, Ampang pada Jumaat lalu.

Menurutnya projek itu akan dilaksanakan selepas mendapat data penuh daripada pelbagai
agensi seperti Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Dijangkakan dalam tempoh sebulan pelan kerja tersebut dapat disiapkan untuk tindakan susulan dari segi pembiayaan dan perolehan.

“Bagi penyelesaian jangka pendek pula, kerja-kerja membaikpulih aliran dan tebing sungai sepanjang 250 meter turut dilakukan bagi mengurangkan risiko pergerakan tanah ke atas lot-lot unit kediaman di kawasan bersebelahan,” katanya menerusi kenyataan hari ini

Tamat