Melihat gaya lagaknya tak sangka si pemandu kereta mewah, Lamborghini kuning mengelak daripada membayar tol di sebuah lebuhraya dalam negara.

Video berkenaan mencetuskan rasa kurang senang di kalangan warga netizen apabila tidak membayar tol walaupun memandu kereta mewah.

Itu reaksi pengguna laman sosial apabila melihat sebuah klip video yang memaparkan aksi sebuah ‘supercar’ jenis Lamborghini yang cuba mengelak dari membayar tol dengan ‘menyusup’ di bawah palang tol.

Menerusi klip video berdurasi 7 saat itu yang dikongsi oleh Bragkash Selvaraju di akaun Facebook miliknya memaklumkan, dia telah merakam aksi kereta mewah itu ketika melalui lorong Smart Tag di sebuah plaza tol.

Jelasnya, kenderaan yang dianggarkan berharga melebihi RM1 juta itu berjaya melalui tol dengan palang yang tidak dinaikkan.

Kereta dengan saiz ketinggian yang amat rendah itu membolehkan jentera tersebut ‘meloloskan diri’ di bawah palang tol berkenaan dengan begitu mudah.

Susulan daripada perkongsian video itu, orang ramai yang menonton video tersebut mendakwa pemandu kereta mewah itu tidak membayar tol kerana lampu di penghalang tersebut tidak bertukar menjadi warna hijau.

Tamat