Dalam usaha mengawal pendamik COVID-19, pihak kerajaan Arab Saudi telah mengenakan beberapa SOP terbaru bagi menjamin kesihatan dan keselamatan jemaah yang lain.

Walaubagaimanapun hanya yang menerima vaksin jenis Phizer, Moderna, Johnson serta Astrazaneca boleh terus tanpa mengambil booster. Bagi mereka yang mengambil jenis Sinovac mereka perlu bagi mengambil booster dari mana-mana jenis diatas.

Pihak Arab Saudi telah menyediakan satu capaian internet bagi para jemaah untuk mengisi borang vaksin di https://muqeem.sa/#/vaccine-registration/home dan bawa salinan pengesahan vaksin utk semakan pihak berkuasa.

Selain itu, Visa Umrah & visa pelancongan dibenarkan buat membuat ibadah umrah dan jemaah harus mempunyai aplikasi Tawakkalna & Eatmarna di telefon pintar.

Kedua-dua aplikasi ini akan digunakan bagi mengawal pergerakan jemaah umrah serta memohon permit umrah, ziarah raudah, serta solat di Masjidil Haram

Bagi mengamalkan SOP penjarakan sosial Arab Saudi hanya membenarkan dua individu dalam satu bilik, serta muatan bas, maksimum 25 orang sahaja atau 50% utk bas, SUV 5 orang dan sedan 2 orang.

Pada masa sama, tempahan bilik & kenderaan secara sistem online. Jika jemaah membuat pembatalan pakej setelah tempahan dibuat. Bayaran ganti rugi tidak akan diperolehi. Tiada perubahan dibenarkan apabila tiba di Arab Saudi.

Bagi memastikan tiada jangkitan berlaku, jemaah wajib melakukan ujian PCR dalam tempoh 72 jam dengan keputusan negatif disebabkan tiadanya tempoh kuarantin di negara berkenaan.

Pada masa sama, sebarang urusan ibadah umrah & ziarah Raudah perlu mempunyai permit khas melalui agensi yang menyediakan visa berkenaan sebelum berlepas ke tanah suci.

Apabila, tiba di Arab Saudi, agensi/jemaah perlu mengesahkan slot ibadah Umrah & ziarah Raudah kerana ianya perlu ditempah lebih awal untuk disahkan, namun apabila ianya sah, tempahan berkenaan tidak boleh dibatalkan mahupun dipinda ke tarikh mahupun masa lain.

Ibadah Umrah & ziarah Raudah hanya boleh dibuat sekali sahaja dlm tempoh berkenaan. Walaubagaimanapun jika berkesempatan, jemaah melakukan umrah kali ke-2 selepas 14 hari bergantung kepada kekosongan slot.

Namun bagi pemegang Visa pelancong, setiap urusan permit ibadah Umrah & ziarah Raudah harus buat sendiri oleh jemaah (self service) melalui aplikasi Eatmarna.

Bagi setiap pergerakan Ibadah Umrah & ziarah Raudah secara berkumpulan (25 org setiap kumpulan) & diiring oleh peg Saudi/wakil operator Umrah. Jika jemaah menaiki SUV atau Sedan ( FIT), mereka akan dikumpulkan mengikut slot sehingga kumpulan mereka mencukupi 25 orang untuk melakukan ibadah Umrah atau ziarah Raudah.

Untuk aktiviti ziarah jemaah boleh turun dari bas tapi tertakluk kepada keadaan & kebenaran semasa oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

Solat lima waktu dapat dilakukan di masjid Nabawi seperti biasa namun memerlukan jemaah scan pada QR code menerusi aplikasi Tawakalna.

Cuma bagi program solat 5 waktu dalam Masjidilharam diperlukan permit. Jemaah sendiri perlu memohon permit melalui apps Eatmarna, dalam masa selewatnya sehari sebelum solat & tertakluk kepada kekosongan.

Walaubagaimanapun tawaf wada’ masih tidak dibenarkan, dalam usaha mengekang penularan virus COVID-19, jemaah perlu melakukan ujian PCR di negara berkenaan, dalam tempoh tiga hari atau 72 jam. Setiap keputusan wajib negatif untuk pulang ke negara asal.

Mengikut SOP di Malaysia, jemaah wajib kuarantin selama 14 hari di pusat kuarantin yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia, dan kos di bawah tanggungjawab sendiri.

Pada masa sama, semua jemaah perlukan insurans perlindungan COVID-19, jika jemaah positif Covid-19 di Arab Saudi, kos kuarantin akan dilindungi insurans SR450 seorg sehari (termasuk makan 3 kali sehari) dan maksimum perlindungan 14 hari.

Jika kos kuarantin melebihi perlindungan insurans, jemaah perlu menanggung kos berkenaan. Pada masa sama, tiket penerbangan turut dilindungi sebanyak SR500 bagi pertukaran tarikh penerbangan sahaja.

Buat masa kini, mutawif tidak boleh bimbing kumpulan ibadah Umrah / ziarah Raudah. Mutawif kini perlu mendapatkan sendiri permit ibadah Umrah sama seperti slot jemaah dari segi tarikh & masa ibadah Umrah dan jika dapat permit adalah tertakluk kepada kebenaran pihak berkuasa Arab Saudi.

Walaubagaimanapun, semua peraturan di atas adalah tertakluk kepada perubahan dari kerajaan Malaysia dan kerajaan Arab Saudi.

Tamat