Adakah kita semakin lupa erti qada dan qadar iaitu asas tunjang agama Islam yang dibawa oleh utusan-Nya Nabi Muhammad SAW.

Ya setiap yang berlaku itu harus bersebab, atas takdir yang ditetapkan oleh Maha Kuasa, dengan kalimah ‘kun fayakun’ maka terjadilah.

Usah difikir sejauh mana lojik akal, aliran air, pergerakan tanah, namun asbabnya bersandar pada Allah Taala, hebat manakah manusia menentang kekuatan alam?

Sombong sangatkah hingga tidak menerima takdir Allah, sedangkan sudah dibuat siasatan, tiada penebangan hutan, tiada pembalakan boleh lihat dengan mata kasar, pokok yang hanyut itu datang bersama akar banir.

Akarnya sahaja bersaiz mega, tak dapat dibayangkan kejadian berkenaan. Jika dibandingkan batang tubuh Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan saiz akar pokok berkenaan, hanya satu kalimah sahaja akan terkeluar daripada mulut ‘Lā haula wa lā quwwata illā billāhil ‘aliyyil azhīmi’ Tiada daya dan upaya kecuali dengan kekuatan Allah yang maha tinggi lagi maha agung.”

Sandarkanlah segalanya kepada takdir, bukankah sudah faham rukun iman, qadar dan qadar yang mana telah menentukan suatu peristiwa.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, segalanya adalah takdir Allah.

“Saya turun sendiri. Saya lihat pokok-pokok yang dibawa turun oleh kepala air ini bersekali dengan akarnya.”Air itu bawa akar, menunjukkan tiada pembalakan di Gunung Jerai ini,” katanya.

Sudah sampai masa untuk kita hentikan fahaman sonsang yang menolak hukum takdir Allah, qada dan qadar rukun Islam keenam.

Tamat