Tadika swasta, sekolah antarabangsa, kini dibenarkan beroperasi sejak jumaat lalu hanya bagi ibu bapa yang bekerja.

Kementerian Pendidikan berkata, kebenaran itu turut terpakai kepada pembukaan pusat perkembangan minda bagi murid berumur empat hingga enam tahun di negeri Fasa 1 dan Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Kenyataan itu dibuat kerana masih terdapat kekeliruan berkaitan pengoperasian  tadika swasta dan pusat perkembangan minda selepas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 15 September lalu yang memberi kelonggaran pembukaan institusi itu.

“Pengoperasian ini tertakluk kepada kapasiti bilik darjah dengan  penjarakan fizikal yang ditetapkan,” katanya beberapa hari lalu.

Tamat