Majlis Wanita Islam YADIM (MAYA), mendesak suupaya kempen promosi iklan berkenaan ditarik semula kerana ianya bertentangan dengan norma budaya di Malaysia.

Pengerusi MAYA, Dr Safinar Salleh kempen promosi berkenaan sangat tidak menghormati norma budaya negara yang menekankan aspek kesopanan kesusilaan kerana memaparkan imej berbentuk vulva kemaluan wanita pada pembungkus tuala wanita berkenaan.

“Menyalahgunakan gambar bahagian peribadi wanita pada reka bentuk iklan produk kebersihan anda adalah tidak menghormati wanita.

“Untuk mempromosikannya secara meluas sebagai tujuan utama dalam pembalut tuala wanita anda, reka bentuk kebaya warisan nasional dalam kempen ‘V-Kebaya’ anda dan origami dalam kempen ‘Know Your V’ juga dianggap sebagai eksploitasi badan wanita dalam iklan,” katanya.

Safinar juga berpendapat kempen tersebut tidak dapat diterima dari segi budaya atau dibenarkan oleh nilai agama.

“Menampilkan motif vulva secara terbuka pada pakaian, bungkusan, beg, origami dan barang-barang lain tidak boleh diterima dalam budaya kita atau tidak dibenarkan mengikut nilai agama kita,”

Dengan menampilkan vulva dalam iklan dan pembungkusan produknya, Dr Safinar Salleh berpendapat jenama itu “mengeksploitasi” dan “tidak menghormati” bahagian tubuh dan wanita.

Sepatutnya ini tidak berlaku kerana pemain industri mahupun jenama terkemuka seharusnya perlu mengambil berat adab serta budaya sesuatu tempat.

Oleh kerana desakan yang dibuat pihak syarikat berkenaan akhirnya akur dengan budaya masyarakat setempat.

Pihak Libresse Malaysia menjelaskan tujuan mereka di sebalik kempen tersebut.

“Terima kasih banyak atas maklum balas anda yang sangat dihargai. Kami memahami kebimbangan anda dan kami telah menarik semula iklan yang tersebut dari pelbagai saluran.

“Bukan niat kami untuk menyinggung perasaan mana-mana wanita atau komuniti.

“Kami sentiasa mempertahankan semua wanita dan niat kami adalah untuk menggalakkan semua wanita untuk menerima kewanitaan dan potensi penuh mereka,” katanya.

Libresse Malaysia menambah bahawa ia terlibat secara aktif dengan mereka yang bersuara menentang kempen tersebut.

Bagaimanapun, ia tidak menyatakan iklan yang ditarik balik itu.

Pengumuman itu dibuat selepas Majlis Wanita Islam Yadim (Maya) mengeluarkan kenyataan yang mendesak Libresse Malaysia menarik balik dua kempen – “V-Kebaya” dan “Know Your V”.

Maya adalah majlis wanita di bawah Yadim (Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia) – sebuah yayasan kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri yang ditugaskan berkenaan isu hal ehwal Islam.

Melalui kempen “V-Kebaya”, jenama tersebut telah melancarkan pembalut tuala wanita edisi terhad dengan kemasan yang dihiasi dengan motif bunga dari ilham kebaya Nyonya dan vulva.

Ia dilaporkan bertujuan untuk melawan stigma berkaitan faraj dan mendorong wanita untuk berasa yakin dengan tubuh mereka.

“Know Your V” adalah sebahagian daripada kempen jangka panjang jenama ini untuk mendidik wanita mengenai alat kelamin mereka.

Ia termasuk tutorial mengenai cara melipat kertas origami yang menyerupai vulva.

Tamat