Pang5……Impian Papa dan Mama,
Mengisi kelapangan ekonomi,
Terus mencorak kaedah berbakti,
Terus merebut dan mencari,
Bukan sekadar menjadi agensi,
Malahan menongkah sebagai dinasti,
Memberi kebaikan kepada pribumi,

Pang5….. untuk kita semua,
Jenama anggun dan segar,
Moga tamadun dapat dilakar,
Setiap halangan tiada yang sukar,
Gerak langkah menjadi saudagar,
Peluang Malayu luaskan empayar,

Pang5…. jadikan pedoman,
Akan sabdanya Nabi junjungan,
90 peratus rezeki dalam perniagaan,
Walau tinggalnya kita berjauhan,
Ramaikanlah sahabat rakan taulan,
Niat membantu sesama insan.

Tamat, Karya Pak Enal 2021