Seakan tidak percaya apabila tular Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali Nur Sajat berambut pendek berperwatakan seperti lelaki dengan mengenakan kot hitam serta menggunakan nama sebenar pada Kad Pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu UNHCR.

Melalui bukti yang telah didedahkan oleh pihak polis, membuktikan dia akhirnya seakan mengakui jantina asalnya lelaki.

Selain itu, gambar Nur Sajat ketika disoal siasat pihak Imigresen Thailand ketika ditahan pada 8 September lalu di kondominium di Bangkok turut diedarkan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan dipetik Harian Metro berkata, pihak Imigresen sudah membatalkan pemilikan pasport antarabangsa Nur Sajat yang mana selepas itu dia turut memohon kad UNHCHR di Bangkok.

Menurutnya, dalam proses permohonan itu akhirnya Sajat memperoleh status pelarian terbabit dan beliau dilaporkan sedang menunggu tawaran pihak negara ketiga bagi membantunya untuk pindah ke negara terbabit.

“Nur Sajat juga menukar nama samarannya kepada Bella namun dirinya tetap orang yang sama,” tambah beliau.

Dalam perkembangan sama, Abd Jalil berkata, kes Nur Sajat ini adalah kecil kerana ia membabitkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan polis iaitu menghalang penjawat awam, sebab itu beliau dinasihatkan pulang.

Ekstradisi

“Polis akan meneruskan proses membawa pulang Sajat kerana Malaysia dan Thailand terikat dengan perjanjian yang membolehkan proses untuk membawa pulang orang yang dikehendaki atau penjenayah buruan dilaksanakan.

“Permohonan ini akan dibuat dalam tempoh masa terdekat namun bergantung kepada negara berkenaan sama ada akan memenuhi permintaan kita atau tidak,” katanya.

Beliau berkata, keluarga Nur Sajat juga diharap dapat membantu menasihatkannya supaya pulang ke tanah air bagi menghadapi pertuduhan di mahkamah syariah yang tidak seberat mana.

“Kita yakin keluarga boleh bantu menasihatkannya untuk pulang ke negara ini,” katanya.

Isnin lalu, Harian Metro melaporkan misteri ‘kehilangan’ usahawan Nur Sajat kini terjawab apabila dia dilaporkan sudah ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu hasil maklumat pihak berkuasa Malaysia.

Pada 9 September lalu atas kesalahan memasuki Thailand secara tidak sah, Nur Sajat didakwa di mahkamah namun usahawan kosmetik itu dibebaskan setelah membayar denda.

Nur Sajat kini diarahkan melaporkan diri ke Ibu Pejabat Imigresen Thailand setiap 14 hari.

Dia yang kini sudah menjadi pemegang kad pelarian UNHCR mendakwa mahu berpindah ke Australia selepas diburu pihak berkuasa Malaysia berikutan waran tangkap yang dikeluarkan ke atasnya kerana gagal menghadiri prosiding kes mahkamah terhadapnya dan diug.ut bun.u.h oleh pihak tertentu kerana umum keluar daripada Islam

Tamat