“Bahawasanya saya bertaubat dengan taubat dengan sebenar-benar taubat dan menyesal dengan perbuatan saya…Tiada mana-mana paksaan (lafaz taubat) melainkan dengan kesedaran diri sendiri,” itu antara lafaz taubat yang diungkapkan oleh Masitah Ab Jalar tadi.

Ketua Ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) Sittah Annur, 39, mengumumkan pengisytiharan taubat (Istitabah) secara terbuka tadi di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Dia melafazkan taubat itu dan menandatangani dokumen pengisytiharan taubat di hadapan Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.

Masitah turut berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut dan mengakui semua perbuatan yang menyalahi hukum agama Islam dan yang melanggar pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Tamat