Kuala Lumpur: Kerajaan memberi jaminan agenda Bumiputera akan terus diperkasa dan tidak diabaikan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau yang membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) hari ini berkata, hasrat kerajaan adalah untuk mencapai pembangunan sosioekonomi yang lebih adil, saksama dan inklusif selaras dengan semangat Keluarga Malaysia.

Beliau berkata, agenda itu akan diterap dalam pelaksanaan semua dasar di segenap peringkat melalui pembabitan semua pihak termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan dan sektor swasta.

“Bagi meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam aktiviti ekonomi, akses dan peluang pendidikan serta pembangunan modal insan termasuk huffaz akan diperkukuh.