Pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menafikan sebarang dakwaan yang mengatakan berlakunya kebocoran data seperti mana dilaporkan oleh beberapa portal media.

Menurut SSM melalui kenyataanya memaklumkan, pihaknya menjalankan siasatan dalaman dan memberi jaminan bahawa semua maklumat korporat yang diserah simpan kepada SSM adalah selamat dan dilindungi oleh beberapa lapisan teknologi keselamatan maklumat yang diiktiraf.

Pihak SSM turut bekerjasama dengan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi menjalankan siasatan lanjut terhadap dakwaan berkenaan.

“Justeru SSM menasihati orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat entiti perniagaan berkaitan syarikat, perniagaan dan perkongsian liabiliti terhad untuk berurusan melalui saluran yang diiktiraf SSM sahaja.null

“Saluran itu adalah www.ssm4u.com.mywww.ssm-einfo.my dan www.mydata-ssm.com.my,” katanya.

Selain itu katanya, SSM juga menyediakan maklumat berkaitan entiti perniagaan di Malaysia yang disahkan benar secara digital (Digital CTC) menerusi portal berkenaan yang boleh disemak kesahihan maklumat yang diterima melalui aplikasi telefon pintar yang disediakan SSM iaitu SSM DCTC QR Code Reader.

Tamat