Tiada kes meninggal dunia akibat vaksin COVID-19 dan video tular berkenaan sengaja diadakan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, menerusi ciapan di Twitter rasminya berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) sedang meneliti perkara berkenaan dan akan memberikan maklum balas dalam masa terdekat.

“KKM ambil maklum mengenai video tular di media sosial ini yang mendakwa ia kesan sampingan susulan pemberian vaksin melalui program vaksinasi remaja.

“KKM memandang serius perkara ini dan sedang mendapatkan fakta terperinci bagi setiap isu yang dibangkitkan di dalam video itu,” katanya.

Tamat