Mengejutkan apabila remaja lelaki longlai dipercayai selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 tular di media sosial.

Melalui rakaman berdurasi 30 saat itu memaparkan remaja lelaki terpaksa dipapah di kawasan parkir sebelum dibawa masuk semula ke tempat suntikan oleh seorang lelaki dewasa dan anggota Rela.

Menerusi tangkap layar berasingan, kejadian itu didakwa berlaku di Encore Mall, Klebang, Melaka pada Khamis sebelum rakamannya tular sekitar jam 2 petang.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam reaksi segera sedang menyiasat kejadian tersebut.

Tamat