Tidak dinafikan Gunung Jerai yang selama ini menjadi ikon mistik serta simbol Kedah Tua kini dibuktikan melalui satu lakaran peta lama berusia lebih 500 tahun.

Melalui laman sesawang Facebook Persatuan Kartografi Melaka, satu satu perkongsiaan lakaran dipercayai merupakan peta Gunung Jerai yang berusia ratusan tahun.

Gunung Jerai 502 tahun lalu

Fizikal muka bumi di kawasan utara Semenanjung Melaka (MALAQVA seperti yang tertulis di dalam peta) atau kini Semenanjung Malaysia yang dapat dilihat di dalam peta Nautical Atlas of the World, Folio 3 Recto, Northern Indian Ocean with Arabia and India and Folio 3 Verso, Southern Indian Ocean with Insulindia on the Left, and Madagascar on the Right.

Peta ini telah diterbitkan pada tahun 1519 iaitu kira-kira 502 tahun yang lalu. Jika diperhatikan pada peta yang telah telah difokuskan, terdapat sebuah gunung dan juga dua cabang sungai yang mengalir ke Selat Melaka.

Jika dibandingkan dengan peta moden iaitu Google Earth 2021, ada kemungkinan lokasi di dalam peta lama tersebut adalah kawasan sekitar Gunung Jerai, Kedah. Dua sungai yang kelihatan pada peta lama tersebut serasa Sungai Merbok dan Sungai Petani yang kedua-duanya mengalir ke sebuah muara yang sama.

Kredit Foto : Persatuan Kartografi Melaka