Kerajaan Malaysia tidak berhasrat bagi mengenakan cukai keuntungan korporat terhadap pengeluar sarung tangan getah.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, walaupun syarikat getah dan perniagaan lain mendapat untung berlipat kali ganda akibat krisis pendemik ini, Malaysia tetap berdiri dengan keputusan ini.

Cukai sedemikian memerlukan levi keuntungan yang melebihi ambang tertentu, kata Tengku Zafrul dalam jawapan bertulis di Parlimen pada Rabu.

Menurut beliau berkata, adalah sukar bagi kerajaan untuk menentukan harga pasaran yang seragam bagi barangan pengguna atau produk keluaran tempatan berikutan kepelbagaian jenis, standard spesifikasi dan gred.

Tengku Zafrul menjawan soalan daripada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang meminta supaya kerajaan mengkaji cukai sedemikian bagi membantu membiayai pemulihan negara.

“Walaupun tidak tertakluk kepada levi keuntungan luar biasa, industri pembuatan sarung tangan getah menyumbang kepada kesan limpahan ekonomi negara dari segi cukai langsung dan tidak langsung, terutama peningkatan cukai pendapatan korporat, sambil menyediakan peluang pekerjaan sepanjang krisis COVID-19.

“Keuntungan tambahan yang diperoleh industri sarung tangan getah semasa pandemik juga boleh digunakan bagi tujuan pelaburan semula selain menggalakkan pelabur untuk terus mengembangkan perniagaan mereka di negara ini,” kata Tengku Zafrul.

Tamat