Islam telah banyak mendominasi sistem peradaban manusia. Ianya bermula dari sekecil-kecil perkara sehingga wujudnya kerajaan serta jajahan ilmu tertinggi dunia.

Corak pemikiran sarjana Islam yang membawa perubahan bidang keilmuan mengangkat tinggi nilai kajian menemuan hatta dari segi agama, sejarah, sains dan sebagainya.

Ramai anak muda seakan terkejut apabila minuman kopi ditemukan oleh sarjana Islam dan menjadikan ianya sebagai fungsi utama meransang neuron otak dengan lebih pantas.

Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Dua, Dr Nik Zawawi Hassan berkata, sempena Hari Kopi Sedunia, beliau mengajak semua terutamanya generasi muda mengenang kembali budaya ilmu dibalik kisah kopi di dalam masyarakat Islam.

“Sebelum ini mungkin sebilangan daripada kita dimomokkan bahawa kopi adalah minuman daripada Barat, walhal ianya salah sama sekali.

“Bangsa Arab antara bangsa utama yang mempopularkan minuman tua ini, secara teorinya biji kopi dibawa daripada Habsyah untuk didagangkan sekitar Yaman.

“Ada riwayat sejarah mengatakan minuman popular dunia ini ditemui oleh seorang Sufi Yaman, Ghothul Akbar Noruddin Abu Al Hassan Al Syadilili,” katanya.

Beliau melihat, burung yang terbang seakan bertenaga selepas memakan buah kopi membuatkannya mahu mencuba buah tersebut, sehinggalah terhasil rerepi memanggang biji kopi.

Tidak sekadar itu, sejarah kopi cukup luas sehingga dijadikan salah satu ramuan untuk mengubati penyakit oleh Syeikh Omar dari Yaman kepada mereka yang mereka yang kurang bertenaga.

Kopi menjadi semakin popular apabila menjadi minuman utama jemaah Haji dari seluruh pelusuk dunia. Parsi, Mesir, Nusantara, Turki Dan Syria.

Akhirnya kopi dijadikan minuman khas bagi mereka yang berjaga malam, beribadah serta menghafal kitab.

Oleh itu, golongan generasi kini, harus diingatkan kembali, budaya meminum kopi ini bermula dunia Islam dipopularkan oleh umat Islam.

Ibrah yang boleh diambil ialah, pihak yahudi yang mengkomesilkan minuman ini, sehingga menjadikan ianya ‘trending’ mata dunia, merubah pandangan kita, sehinggakan kita terbawa-bawa identiti kopi itu asalnya dari barat.

Selamat Hari Kopi Sedunia

Tamat