Pengerusi Parti Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama parti kompenannya bersetuju mencapai kata Sepakat berkenaan pembahagian kerusi PRU 15 nanti.

“Kami juga telah membincangkan pendekatan dan program yang akan dilaksanakan untuk menyantuni golongan muda selaras dengan pelaksanaan Undi-18 dan bersiap sedia dengan penambahan pengundi-pengundi muda dan baharu ini,” ujarnya dalam satu kenyataan, kelmarin.

Menurutnya PN sentiasa  menghormati dan komited mendukung hak generasi muda untuk mengambil bahagian dalam proses pilihan raya dan amalan demokrasi negara ini.

Muhyiddin sebelum itu mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti PN yang dihadiri oleh semua parti komponen iaitu Bersatu, PAS, STAR SABAH, SAPP dan Gerakan.

“Kami telah membincangkan pelbagai isu yang melibatkan pentadbiran kerajaan, perancangan Majlis Pemulihan Negara, pengurusan pandemik Covid-19, situasi ekonoml, Rancangan Malaysia Ke-12 dan isu-lsu yang berbangkit berkaitan politik semasa,” katanya.

Tambahnya, Majlls Tertinggi telah mencapai keputusan secara konsensus mengenal pendirian parti PN berkenaan beberapa isu.

Menurutnya lagi, mesyuarat telah mencapai ketetapan mengenai pendlrian parti untuk menyokong Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan pada 13 September lalu.

Katanya, PN akan memainkan peranan untuk menyampaikan pandangan dan pendirian dari masa ke semasa mengenal pelaksanaan MoU Transformasl dan Kestabilan Politik.

Mesyuarat juga, ujar beliau membuat keputusan untuk beliau sebagai Pengerusl PN bagi menyampaikan pendirian yang telah diambil oleh PN berkenaan jawalan Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Selain itu, jelasnya Majlis Tertinggi juga telah menetapkan majlis pelancaran rasmi parti PN peringkat kebangsaan akan diadakan pada November depan dengan PN Negeri Selangor akan menjadi tuan rumah.

Beliau berkata, diputuskan juga Saiful Adli Mohd Arshad dilantlk sebagal Setiausaha Eksekutif parti PN berkuat kuasa semalam.

Tamat