Satu projek hartanah wakaf berjaya disiapkan oleh Lajnah Ekonomi, Hartanah Dan Pembagunan Usahawan PAS Pusat.

Setiausaha Majlis Ulama PAS, Dato’ Dr Khairuddin Aman berkata, melalui pembagunan wakaf ekonomi PAS berjaya membina sebuah pasaraya berkonsep wakaf di Dungun, Terengganu.

“Pasaraya ini sudah mencapai tahap 41 peratus siap bermula tiga tahun lalu dengan kutipan dana wakaf berjumlah RM 3.4 juta.

“Bagi pembagunan dan pengoperasian pasaraya berkenaan kita perlukan dua kali ganda daripada jumlah berkenaan. Alhamdulillah tahun ini merupakan tahun kutipan paling banyak walaupun dilanda dengan berbagai ujian.

“Apabila pembagunan siap sepenuhnya, kita akan cari mana-mana pasaraya yang beroperasi dan di sini, kemudian kita akan sewakan pasaraya ini, katanya ketika ditemui semalam.

Hadir sama, Presiden PAS merangkap Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurut Dr Khairuddin, program wakaf komersial ini bakal memberi impak besar buat ekonomi ummah.

“Pada masa sama, kedai kedai kecil ini turut Akan disewakan melalui jumlah sewa ini pendapatan dijangka sekitar RM 80,000 sebulan, jumlah berkenaan perlu diganda dengan 12 bulan.

“Maka, sekitar itulah hasil pembagunan wakaf ini, dan penyumbang wakaf turut menerima pahala berganda selagi mana unit kompleks ini digunakan,” katanya

Dr Khairuddin berkata, kompleks unik kerana menggunakan kaedah teknologi baru dalam pembinaan bumbungnya.

“Bagi pembinaan fasa ke2 ini, RM1.4 juta tunai diperlukan SEGERA bagi membina rangka bumbung utama pasaraya ini. Bumbung menggunakan ‘Steel Trust Structure'”

Oleh itu beliau menyeru orang ramai dapat berkerjasama menyumbang bagi menyokong dana wakaf ini di http://www.wakafummah.com atau terus ke akaun Maybank Dana Sanabil (5640 2540 4697).

Tamat