Lars Vilks yang pernah menimbulkan kekecohan apabila melukis karikatur Nabi Muhamad SAW pada 2007 lalu, ditemui mati apabila keretanya dinaikinya terbabas, semalam.

Pihak Polis Sweden mengesahkan kejedian berkenaan apabila lelaki berkenaan berusia 75 tahun itu bersama dua anggota polis terkorban apabila kenderaan dinaiki mereka bertembung dengan sebuah trak dari arah bertentangan.

“Insiden ini sedang disiasat seperti kes kemalangan jalan raya yang lain.

“Berikutan ia turut membabitkan dua anggota polis, siasatan itu akan dikendalikan seksyen khas di pejabat pendakwa raya,” kata jurucakap polis kepada AFP sambil memaklumkan tiada elemen jenayah disyaki, setakat ini.

Menurut polis, kejadian berlaku berdekatan bandar kecil, Markaryd, apabila kereta dinaiki Vilks bertembung sebuah trak sebelum kedua-dua kenderaan itu terbakar.

Selain itu, polis memaklumkan, pemandu trak berkenaan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut, manakala punca nahas masih belum dikenal pasti, setakat ini.

“Individu yang kami lindungi dan dua rakan sekerja maut dalam tragedi itu,” kata Ketua Polis Wilayah, Carina Persson.

Tamat