Sejarah sentiasa berulang, bermain dan berpusing di setiap empayar mengikut paksi tersendiri. Cumanya watak pelakonnya berbeza mengikut garis masa tertentu untuk dijadikan iktibar kepada generasi mendatang.

Begitu juga apa yang berlaku hari ini diam tak diam sudah ada gerakan mahu menggulingkan kerajaan negeri Melaka kini.

Watak Si Kitul mula menjadi pelakon utama pentas masa. Bezanya jika dahulu sudah mereka ini membuka pintu Kota Melaka tetapi kini mereka mengumumkan hilang kepercayaan kepada kepemimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Nampak nampak gayanya mereka seakan menarik balik sokongan kepada kerajaan negeri empat Adun bakal beralih arah dengan menyertai Pakatan Harapan (PH) yang menggabungkan Parti Keadilan Nasional (PKR), DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) dalam tempoh terdekat.

Media sebelum ini melaporkan kerajaan Melaka yang diterajui Umno bakal tumbang pada bila-bila masa berikutan terdapat empat Adun kerajaan dikatakan akan melompat ke PH.

Difahamkan, keempat-empat Adun berkenaan sudah menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk menyokong PH dan mengatakan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan akan mengadakan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam dalam tempoh terdekat.

Kerajaan Melaka pimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali dibentuk pada Mac tahun lalu selepas PH tumbang berikutan empat Adun ketika itu memberikan sokongan kepada gabungan PN.

Kerajaan Melaka ketika ini diwakili 17 Adun dengan 14 daripadanya diwakili Umno, diikuti dua Parti Bersatu dan satu Bebas manakala pembangkang pula 11 kerusi.

Tamat