Kota Melaka belum roboh,
Papan di Jawa usah dirikan
Apakah akibat serakah dan gopoh,
DUN Melaka kini dibubarkan.

Penjajah dah lari Melayu ganti, Perangai sama tak kurang seinci, Asyik khianat tak takut mati, Pecah belah di bumi sendiri,

1511 detik kini berulang lagi,
Bukan Portugis tapi bangsa sendiri,
Diam diam langsung menjadi keji,
Tiada prinsip janji kenyang sendiri,

Lakonan sama pelakon berganti,
Skrip sama, khianat serta benci,
Alasan untuk cari Ketua lebih tinggi, Mungkin lupa Munkar Nakir bertanya nanti.

Coretan Karya Pak Enal & Pena Klasik

Tamat