Melihat kepada keperluan ummah terhadap makanan sihat selepas berlaku kesan pasca pendamik Kementerian Hal Ehwal Agama memperuntukkan sebanyak RM10,710,000 untuk program Dapur It’am 6.0.

Menterinya Idris Ahmad berkata, peruntukan itu bakal diberikan kepada 70 buah masjid dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan.

“Program Dapur It’am ini merupakan program agihan makanan tengah hari yang akan diedarkan kepada golongan yang disasarkan.

“Pihak golongan Sasar ialah Di kalangan penduduk terpilih di Projek Perumahan Rakyat dan Awam (PPR/PPA), B40, asnaf dan petugas barisan hadapan yang disediakan oleh petugas masjid dan surau.

“Melalui program seperti ini diharapkan mereka bakal menjimatkan perbelanjaan dapur untuk makanan tengah sekali gus merapatkan kembali saf di masjid bersama masyarakat setempat,” katanya.

Menurutnya aktiviti ini dapat mengidupkan semula masjid sebagai pemudah cara kepada masyarakat dalam sistem sosial Islam.

“Saya harapkan melalui amanah ini kini, saya bersama agensi-agensi Islam boleh berusaha untuk meringankan kesusahan orang lain.

“Sekurang-kurangnya atas meja rakyat kita mesti ada makanan, serta turut membantu mereka yang memerlukan,” katanya.

Proses agihan ini akan dilakukan setiap Isnin hingga Ahad bermula 4 Oktober 2021 hingga 6 Mac 2022 mengikut SOP yang ditetapkan

Tamat