100 buah keluarga yang gelisah akibat selepas dilanda banjir di Baling, berterima kasih selepas di bantu oleh oleh Setiausaha Ulama PAS, Dato’Dr Khairuddin Aman Razali.

Ia berikutan banjir kilat yang berlaku beberapa hari lalu di daerah itu. Menurutnya beliau diwakili oleh Setiausaha Politiknya Ustaz Mohd Kamal Nazmi Kamaruddin dan pasukan PK Nerus telah menghantar bantuan berbentuk wang tunai dan toto kepada 100 keluarga terlibat.

Bantuan diserahkan kepada beberapa wakil keluarga terjejas disaksikan Ustaz Hasan Saad (YDP PAS Kawasan Baling) untuk disalurkan kepada penduduk terjejas di daerah tersebut.

Ketika ditemui wakil penduduk mengucapkan terima kasih kepada pihak yang membantu kerana mengambil cakna berkenaan kebajikan mereka.

“Alhamdulillah kami amat terharu apabila ramai yang datang memberikan bantuan keperluan makanan, alas tidur serta wang ringgit,” katanya ketika ditemui.

Tamat