Akibat bimbang berkenaan berita palsu Vaksin COVID-19, seorang wanita bertindak mengambil ubat berkenaan kerana terpengaruh dengan ajakan rakan-rakannya.

Memetik laporan Mothership, wanita warga Singapura itu dilaporkan mengambil ivermectin tanpa nasihat doktor bertauliah untuk mencegah virus COVID-19.

Anak kepada wanita berkenaan yang dikenali sebagai Vanessa memuatnaik sebuah hantaran di Facebook untuk membuka mata masyarakat tentang penyalahgunaan ivermectin. Dia turut berkongsi kisah ibunya yang dikejarkan ke unit kecemasan hospital kerana mengalami enam kesan sampingan terhadap penggunaan ivermectin.

Menurut hantaran tersebut, Vanessa memaklumkan yang ibunya mengalami simptom pening kepala, mual, hilang selera makan, sakit sendi, kelesuan serta tidak mampu berdiri dan berjalan.

Tulis Vanessa, ibunya terpengaruh dengan dua rakan yang dipercayai merupakan golongan antivaksin. Selain menyarankan wanita tersebut mengambil ivermectin untuk mengelak dijangkiti virus COVID-19, kedua-dua mereka turut menghalang wanita tersebut mengambil vaksin jenis MRNA seperti didaftarkan Vanessa.

Tamat