Dewan Undangan Negeri Melaka secara rasminya terbubar apabila Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh mengumumkan DUN Melaka dibubarkan.

Menurutnya beliau memaklumkan keputusan yang dibuat oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam dalam sesi sidang akhbar di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini pada Selasa.

“Sehubungan itu, Yang di-Pertua Negeri telah membuat pertimbangan dan bersetuju untuk membubarkan DUN Melaka ke-14,” katanya.

Oleh itu Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menerima
pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN)
Melaka, berhubung dengan pembubaran DUN Melaka penggal yang
keempat belas pada 4 Oktober 2021 sebagaimana termaktub di bawah
Fasal (2) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Melaka.

Berdasarkan Fasal (4) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Melaka
berkehendakkan suatu pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam
tempoh enam puluh hari dari tarikh pembubaran DUN itu.

Justeru itu, SPR akan mengadakan Mesyuarat Khas bagi
membincangkan mengenai pelaksanaan pilihan raya tersebut.

Tamat