Satu MoU rasmi telahpun termeterai diantara Tok Janggut Warriors FC dengan Auto Trader Truck & Bus Sdn Bhd sebagai langkah kerjasama penajaan pengangkutan rasmi pasukan.

Termeterainya perjanjian ini bakal memberi keuntungan kepada kedua-dua belah pihak dengan meningkatkan lagi mutu sukan bola sepak negara.

Sukan bola sepak akan sentiasa hidup sebagai sukan kebangsaan negara serta menjadi acuan dalam usaha menyatupadukan rakyat disamping melatih sifat berani.

Tidak cukup sekadar itu, sukan ini menjadi pentas rasmi menggembleng tenaga serta sorakan diantara pemimpin serta rakyat tempatan tanpa mengira sebarang ideologi serta latar belakang.

Perjanjian kerjasama kedua-dua pihak ini telah ditandatangi pada jam 11.30 pagi tadi.Pihak Tok Janggut Warriors FC telah diwakili oleh Setiausaha Kelab,Encik Mukhzani Manaf manakala pihak Auto Trader Truck & Bus Sdn Bhd telah diwakili oleh Pengarah Urusan,Encik Zawawi bin Yusoff.

Majlis menandatangai kerjasama ini turut disaksikan oleh Penaung kelab,YB Dr Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh dan juga Presiden kelab,Encik Mohammad Yusri bin Ismail.

Tamat