Hanya sekadar rakaman audio tidak mampu memecah-belahkan kesatuan dan dasar perpaduan ummah serta gabungan PAS.

Naib Presiden PAS yang juga Menteri Hal Ehwal Agama Senator Idris Ahmad berkata, adalah menjadi kebiasaan untuk untuk pihak lain mahu menyerang PAS dengan modal murahan.

“Kalau audio berita untuk menyerang PAS memang banyak sangat, itu untuk mereka sengaja mencari populariti Dan publisiti murahan.

“Melalui medium berkenaan mereka sengaja mahu memecah-belahkan kesepaduan ummah, namun mereka sentiasa gagal, kerana kesepaduan ummah masih lagi utuh,” katanya semalam semasa majlis perasmian Pasaraya Ummah di Cyberjaya, Selangor.

Turut hadir, Pengerusi Lajnah Ekonomi, Dato’Dr Mohd Khairuddin Aman Razali,

Menurutnya PAS tetap berpegang teguh dengan pendirian sendiri merapatkan saf ummah, serta menolak Pakatan Harapan.

“PAS punya pendirian untuk pastikan PH tidak kembali memerintah , kerana kita semua menyaksikan betapa menderitanya rakyat apabila PH memerintah.

“Bukan hanya sekadar penderitaan rakyat dapat kita saksikan, namun lebih teruk lagi agama Islam dan maruah bangsa seakan dipijak-pijak sewaktu era berkenaan,” katanya.

Tamat